top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

BERSATU Perak yakin lantikan Ahmad Faizal sebagai Penasihat PM tepat

6 Ogos 2021

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Perak yakin lantikan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri akan menjadi aset penting kepada kepimpinan negara.


Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzli Paharudin berkata lantikan tersebut akan menjamin impak positif dalam membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memperkasakan urus tadbir negara dengan lebih sempurna disamping mendokong Pelan Pemulihan Negara yang sedang berjalan kini.


“Bersatu Negeri Perak bersama seluruh saf kepimpinan negeri dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu dengan pelantikan yang telah berkuat kuasa bertarikh 1 Ogos 2021,” katanya.


Tambah Zainol lagi, beliau yakin dengan komitmen Ahmad Faizal dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diberikan.


“Berdasarkan pengalaman beliau yang luas, ianya akan menjadi aset penting dalam merekayasa pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.


Zainol turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ahmad Faizal atas lantikan itu.



--PN Online

bottom of page