top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

BERSATU Putrajaya Tidak Terjejas, Terus Cekal Hayati Perjuangan Parti – Hamzah

3 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Ketua Bahagian Putrajaya memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan BERSATU Bahagian Putrajaya.


Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan kepimpinan dan akar umbi BERSATU di semua peringkat sentiasa cekal dan istiqamah menghayati perjuangan parti dan tidak berlandaskan hanya kepada sokongan terhadap seseorang individu.


“BERSATU menegaskan bahawa akar umbi dan kepimpinan BERSATU Bahagian Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan utuh.


“Tindakan bekas Ketua Bahagian Putrajaya memohon untuk kembali menyertai UMNO tidak menjejaskan BERSATU Putrajaya kerana beliau telahpun meletakkan jawatannya pada 10 Oktober tahun lalu setelah tewas dalam pemilihan parti bagi jawatan Naib Presiden BERSATU,” katanya dalam satu kenyataan.


Pada jumaat, Bekas Ketua BERSATU Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr. Erwan Mohd Tahir mengumumkan untuk keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta merta dan kembali menyertai UMNO.


Turut bersama untuk menyertai UMNO adalah kepimpinan tertinggi Bahagian Bersatu Putrajaya termasuk naib ketua bahagian, setiausaha bahagian, ahli jawatankuasa bahagian, kepimpinan Srikandi dan Armada serta lebih 120 orang ahli Bersatu Putrajaya.


Sehubungan itu, Hamzah berkata akar umbi BERSATU Bahagian Putrajaya akan terus diperkukuhkan di bawah kepimpinan pemangku Ketua Bahagian yang juga Timbalan Ketua Bahagian Putrajaya, Tuan Fathul Azam Hashim melalui penubuhan cawangan dan pendaftaran keahlian BERSATU yang baharu.

bottom of page