top of page
  • newsatmy

Bersatu Terus Diperkasa

Kamarozaman Ahmad

Bersatu Bahagian Balik Pulau telah mengorak langkah awal untuk memperkasa dan memantapkan parti itu dengan melebarkan sayap ahli Bersekutu.


Selepas saranan dan persetujuan untuk memperkasakan ahli-ahli Bersekutu yang terdiri daripada ahli bukan Melayu pada Persidangan Tahunan parti itu baru-baru ini, Bersatu Bahagian itu telah melantik wakil dan mensasarkan lima kawasan utama bagi mewakili ahli bukan Melayu dibahagian berkenaan.


Usaha-usaha berkenaan sudah berjalan dan dapat diterima baik oleh golongan yang berkenaan.


Menurut Ketua Bahagiannya, YB Hj Zulkifly Md Lazim yang juga ADUN Teluk Bahang, penerimaan masyarakat Cina dan India untuk menyertai parti Bersatu amat mengalakkan terutama kerana kegagalan kerajaan PH negeri Pulau Pinang untuk menjaga kebajikan kaum itu setelah berasa selesa dan yakin bahawa mereka tetap akan memenangi pilihan raya akan datang.


Beliau juga berkata, langkah itu bukan untuk mengenepikan atau bersaing dengan rakan dari parti bukan Melayu yang lain tetapi bertujuan untuk memperkuatkan Perikatan Nasional disamping telah ada dalam perlembagaan parti Bersatu.


Keahlian dijangka akan bertambah apabila Bersatu akan menerima ahli-ahli bukan Melayu yang telah keluar daripada Parti Keadilan rakyat(PKR)bersama-sama YB Azmin Ali dan beberapa pemimpin PKR yang lain.


Pertemuan dan perbincangan dengan pihak berkenaan akan diadakan tidak lama lagi. YB Zulkifly Md Lazim juga menjangkakan bahawa sayap ahli Bersekutu akan berkembang dan bertambah keahliannya apabila hasil perbincangan memberi hasil yang positif dan yakin bahawa masyarakat bukan Melayu menyambut baik usaha-usaha membawa penyertaan kaum bukan Melayu dalam kerajaan Perikatan Nasional.


Sayap berkenaan akan menjadi wakil yang lebih berkesan dan bersedia untuk membantu dan menyelesaikan masalah-masalah kaum yang berkenaan.


Penerangan KZ

Bersatu Bahagian Balik Pulau.

bottom of page