top of page
  • admin

BERSATU wadah politik cukup dinamik, progresif


BERSATU kini terus berkembang sebagai wadah politik yang cukup dinamik dan progresif.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpendapat dengan kekuatan lebih 700 ribu anggota ketika ini, komitmen setiap anggota BERSATU serta semangat perjuangan yang kental menjadikan BERSATU unggul sebagai wadah perjuangan rakyat.


“Politik khidmat dan prihatin adalah budaya politik BERSATU!


“Biarpun dalam usia yang muda, BERSATU tampil sebagai sebuah parti yang matang dan telah berjaya menjana banyak perubahan.


“Idealisme serta prinsip perjuangan yang luhur telah berjaya mengangkat martabat umat dan terus memacu wadah ini demi masa depan Malaysia yang gagah, berintegriti, makmur dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Ulang Tahun BERSATU ke-6, pada Ahad.


Sebagai parti masa hadapan, Azmin berkata BERSATU akan terus melaksanakan dasar-dasar yang progresif.


Katanya, kebijakan ekonomi yang menjamin pengagihan yang adil atas pertumbuhan teguh dan lestari serta memelihara kebajikan dan meningkatkan taraf pendapatan dan kehidupan rakyat akan terus menjadi keutamaan kita demi merealisasikan aspirasi negara.


“Saya yakin, dengan iltizam dan tekad perjuangan yang jitu, BERSATU akan terus unggul di persada politik negara.


“Ayuh, seluruh anggota BERSATU, perkukuh azam kita untuk terus istiqamah dengan ruh perjuangan yang murni dan mulia.


“InshaAllah, demi masa depan negara yang berintegriti, beramanah dan bermaruah, kita tawarkan; BERSATU untuk Malaysia!”

bottom of page