top of page
  • newsatmy

Bertemu Indonesia ujian getir 'Harimau Malaya'-Tan Cheng Hoe

16 Disember 2021

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyifatkan Indonesia telah menjalani persiapan yang baik selain mempunyai barisan pemain yang laju dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020.


Malaysia akan turun menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan B dimana perlawanan akan berlangsung pada 19 Disember ini dan hanya kemenangan sahaja untuk memastikan mara ke peringkat separuh akhir.


“ Jurulatih Indonesia,Shin Tae-yong membarisi ramai pemain muda dan mereka bermain pantas dan laju. Persiapan mereka bagi kejohanan kali ini juga baik, antaranya mengadakan latihan di Turki dan perlawanan persahabatan dengan Afghanistan dan Myanmar dan meraih keputusan terbaik,” kata Tan Cheng Hoe.


Pada perlawanan menentang Vietnam semalam, Indonesia mampu mengikat pasukan terbaik Asean dengan keputusan 0-0.


Barisan pemain Indonesia cukup berdisiplin ketika bertahan dan berjaya menafikan segala percubaan yang dilakukan oleh pemain lawan walau sentiasa diasak oleh anak buah Park Hang-Seo.


Ketika Indonesia berada dalam keadaan terbaik menjelang perlawanan Ahad ini, Malaysia pula kehilangan dua pemain utama di bahagian pertahanan.Aidil Zafuan dan Shahrul Saad tidak dapat beraksi menentang Indonesia setelah kedua-dua pemain mengalami kecederaan pangkal paha pada perlawanan menentang Vietnam yang menyaksikan pasukan negara tewas dengan keputusan 3-0.


Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aidil dan Shahrul, Cheng Hoe bakal menurunkan Dion Johan Cools yang menyertai pasukan pada hari ini dengan seorang lagi pemain iaitu Dominic Tan.


Tiga daripada empat pemain yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini iaitu Faisal Halim, Khairulazhan Khalid dan Quentin Cheng kini sudah boleh menyertai pasukan negara dan ketiga-tiga pemain sedikit-sebanyak membantu pasukan negara

.

Indonesia ketika ini menduduki tangga teratas dalam kumpulan B diikuti Vietnam dimana kedua-dua pasukan mempunyai tujuh mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan.


Dua pasukan dari kumpulan A iaitu Thailand dan Singapura sudahpun mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

bottom of page