top of page
  • Writer's pictureNihaba

Bertemu Viatnam ujian sebenar buat Harimau Malaya


Berdepan Vietnam pada malam ini boleh dikatakan ujian sebenar buat pasukan Harimau Malaya selain ia juga boleh dianggap seperti ulangan perlawanan akhir antara kedua-dua pasukan pada edisi 2018.

Misi memburu kemenangan ke atas pasukan Viatnam bukan tugas mudah buat 'Harimau malaya'ditambah dengan situasi COVID-19 yang melanda kem yang setakat ini telah merehatkan empat pemain iaitu Khairulazhan Khalid, Faisal Halim, Quentin Cheng dan Akhyar Rashid.Malaysia hanya membawa 24 pemain dan kini berbaki 20,diharapkan tiada lagi kes mengejut kehilangan pemain untuk aksi penting pada malam ini.


Vietnam merupakan pasukan yang pantas dan agresif, malah Malaysia kali terakhir mencipta kemenangan di separuh akhir kejohanan yang sama pada edisi 2014.Malam ini merupakan perlawanan yang sukar buat skuad negara. Dengan situasi Harimau Malaya yang ‘tempang’ ketika ini,


Berdepan pasukan Golden Dragon , skuad Malaysia perlu bertahan dengan baik selain memnafaat peluang di jentera serangan. Bertahan dan merencana gerakan mencipta gol, jentera tengah pasti sibuk bertugas malam ini.


Baddrol Bakhtiar antara pemain senior dan berpengalaman yang cemerlang dalam aksi berdepan Laos selain Mukhairi Ajmal yang kali pertama bergandingan bersamanya perlu mengukuhkan kesefahaman dan kekuatan untuk aksi malam ini, Tan Cheng Hoe mungkin letakkan mereka sebagai pemain berkembar di jentera tengah.


Setakat ini, menurut rekod di saingan Piala AFF Suzuki 2020, Baddrol Bakhtiar merupakan pemain terbanyak melakukan hantaran – 148 hantaran selepas dua perlawanan, mengatasi beberapa pemain seperti Sarach Yooyen dari Thailand (127) dan Kritsada Kaman (125). Rizal Ghazali adalah yang kedua dari kem kebangsaan.


Ini menggambarkan Baddrol Bakhtiar adalah hub hantaran dan kretiviti Cheng Hoe dalam mengasak kubu lawan. Ia juga seakan-akan ‘berkata’ yang tugas bertahan sedang digalas oleh kapten skuad B-22 negara, Mukhairi Ajmal yang juga bukanlah pemain ‘natural’ di posisi itu. Ini yang mengundang resah pada saat ini.


Berdepan Malaysia, didorong motivasi ‘musuh’ terkuat, dijangkakan aksi mereka pasti berbeza dengan perlawanan sebelum ini.


Walaupun berdepan kesukaran dengan Laos, dalam edisi kali ini, mereka merekodkan 90 peratus hantaran tepat daripada 686 hantaran yang dilakukan berdepan lawan mereka itu. Ia seperti menggambarkan permainan kemas Golden Dragon waima pasukan lawan mengunci rapat kawasan defensive third mereka tempohari.




bottom of page