top of page
  • cik skod

Beza PN dengan BN ibarat langit dan bumi


SERDANG, 27 Ogos – Beza antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) ibarat langit dan bumi.


Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana ketika beliau menjadi perdana menteri telah mengarahkan menteri kewangan untuk mencari duit.


Katanya, ini berbeza dengan Pengerusi BN yang mengarahkan menteri kewangan supaya kaut apa yang ada selagi sempat untuk kepentingan suku-sakat mereka.

“Inilah beza PN dan BN. Jadi, walaupun PN dan BN namanya hampir sama, tetapi bezanya jauh ibarat langit dan bumi.

“Saya harap para pengundi jangan salah memilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Pilih PN dan bukan BN,” katanya ketika berucap di Konvensyen PN 2022, di sini hari ini.


Turut hadir dalam Konvensyen PN adalah, Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Yong Teck Lee, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.


Tambahnya, amalan “ambil apa yang sempat” atau “rembat apa yang dapat” atau “sakau-menyakau” tidak boleh menjadi budaya dalam PN.


Katanya, ini budaya yang salah dari segi hukum agama, undang-undang, moral dan etika masyarakat.

“Amalan ini jika dibiarkan membarah boleh menjadi punca kejatuhan bukan sahaja parti politik, tetapi masyarakat, negara dan tamadun,” katanya

bottom of page