• cik skod

BLACKPINK cecah 80 juta 'subscriber' di YouTube

5 Sept

KUMPULAN K-pop ternama BLACKPINK mencipta sejarah YouTube sekali lagi!


BLACKPINK dilapor berjaya mencatat lebih 80 juta 'subscriber' di saluran YouTube rasmi kumpulan itu, menjadikan mereka artis pertama yang mencapai kejayaan tersebut, lapor Soompi.com.


BLACKPINK, kini artis dengan jumlah 'subscriber' paling ramai di YouTube, hanya mengambil masa lebih enam tahun dan dua bulan untuk mencapai kejayaan itu. Kumpulan itu mula membuka saluran YouTube mereka pada 28 Jun 2016.