top of page
  • Writer's pictureNihaba

Bojan Hodak tidak terkejut jadi calon kemudi Harimau Malaya

24 Disember 2021

Pengendali Kuala Lumpur City, Bojan Hodak akui tidak terkejut ketika nama beliau dikaitkan sebagai calon untuk mengendalikan skuad negara.


Hodak juga tidak menolak jika khabar angin tersebut menjadi lebih serius dan beliau sudah cukup mengenali bagaimana sistem Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berfungsi.


Bekerja bersama FAM bukan suatu perkara yang asing buat jurulatih berasal dari Croatia ini yang sudah lama bertapak dalam dunia bola sepak tempatan.

Sebelum ini, Hodak juga pernah terlibat dengan skuad kebangsaan apabila beliau berkhidmat sebagai jurulatih pasukan remaja negara satu ketika dahulu.


Hodak juga menyerahkan segalanya buat FAM sendiri untuk menentukan masa depan jurulatih baharu skuad negara dan akui masih terlalu awal untuk diperkatakan segalanya.

Jelas beliau, jawatan ketua jurulatih skuad negara merupakan sebuah tertinggi buat setiap orang tetapi bukan diri beliau sendiri yang menentukannya.


Nasib pengendali semasa skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mula dipertikaikan setelah aksi hambar yang dipamerkan anak buah beliau sepanjang saingan Piala AFF 2020 berlangsung di Singapura


Segelintir peminat mula melaungkan supaya Cheng Hoe meletakkan jawatan dan mengaitkan beberapa individu lain sebagai calon pengendali skuad negara termasuk Hodak.

bottom of page