• Arissa Azman

BPN Bersatu Pahang sokong penuh kepimpinan Muhyiddin

20 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Pahang sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh Ketua Badan Pimpinan Negeri itu Datuk Saifuddin Abdullah pada Ahad.


"Kami juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Ingin ditegaskan di sini bahawasanya, BPN Bersatu Pahang akan terus bersama kepimpinan rakan-rakan kepimpinan PN sama ada di peringkat Pusat dan juga negeri," ujarnya.


Tegasnya lagi, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara, terutamanya ketika berhadapan pandemik COVID-19.



-Awani