top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

BPR Tambahan telah ditunaikan secara berperingkat bermula 30 Jun 2021

2 Julai 2021

Di bawah PEMERKASA+, Kerajaan telah mengumumkan BPR Tambahan bagi tujuan membantu meredakan cabaran yang dihadapi terutamanya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan pembayaran BPR Tambahan akan bermula pada 30 Jun 2021 secara berperingkat. ⠀⠀

⠀⠀

Secara keseluruhan, sejumlah RM9.1 bilion telah disediakan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan BPR, di mana Fasa 1, Fasa 2 dan BPR Tambahan telah dan sedang disalurkan kepada hampir 8.4 juta rakyat dengan peruntukan RM6.78 bilion manakala jangkaan pembayaran Fasa 3 pula pada September 2021 dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion. â €

â €

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan Rakyat.


Kerajaan berharap agar bantuan tunai ini akan meringankan beban golongan B40 terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 pada kali ini.â €



--PN Online

bottom of page