top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Buat 'stunt' sendiri di usia 59 tahun, Michelle Yeoh pamer aksi dalam 'Shang-Chi'

18 Oktober 2021

KEWIBAWAAN Tan Sri Michelle Yeoh di dunia perfileman antarabangsa memang tidak perlu dipertikaikan lagi.


Selepas terpilih dalam filem "Star Trek Discovery", "Crazy Rich Asians", "Crouching Tiger Hidden Dragon", "Memoirs of a Geisha" dan "Tomorrow Never Dies", kini wanita kelahiran Ipoh, Perak ini sekali lagi terpilih, kali ini untuk menyertai filem adiwira Marvel "Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings".


Wanita yang mempunyai ketinggian 163 cm ini menyuntik inspirasi apabila melakonkan sendiri aksi ‘stunt’ walaupun sudah berusia 59 tahun.


Ini sesuatu yang luar biasa bagaimana Michelle Yeoh mengekalkan staminanya untuk memberi yang terbaik dalam lakonannya.


Filem lakonan Michelle Yeoh juga bukan calang-calang dan berjaya melakonkan watak sebagai ‘Gadis Bond’ yang diidamkan oleh pelakon wanita seluruh dunia.


Bergandingan dengan pelakon terkenal, Pierce Brosnan dalam filem "Tomorrow Never Dies" yang disiarkan pada tahun 1997 benar-benar mencipta namanya di persada dunia.


Walau bagaimanapun, dalam filem "Crazy Rich Asian", Michelle Yeoh membawakan watak sebagai ibu kepada pelakon Henry Golding benar-benar melekat di hati seluruh peminatnya.


Hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, nampaknya bakat wanita yang pernah mendapat gelaran Miss Malaysia Pageant 1983 ini sememangnya dikagumi.


Bukan itu sahaja, malah Michelle Yeoh telah mencipta sejarah apabila telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada 100 Most Inspiring and Influential Women 2020 oleh British Broadcasting Corporation (BBC).


Segala usaha dan jerih perih wanita yang berusia 58 tahun ‘berbayar’ dengan penghargaan sedemikian rupa.


Siapa yang tidak bangga melihat nama tersenarai begitu. Michelle Yeoh juga teruja apabila melihat namanya tersenarai.


Great honour to be part of the list along with all these amazing influential women,” tulisnya di laman media sosialnya.



bottom of page