top of page
  • zaman

Bubar Parlimen," Tunggu... tunggu... tunggu" - Ismail Sabri


SERDANG,28 Ogos: Secara spotan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab 'Tunggu..Tunggu,,Tunggu ketika ditanya oleh pemberita mengenai tarikh pembubaran Parlimen.selepas beliau merasmikan Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun KEMAS, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, pada Ahad.


Kini, spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh terdekat semakin hangat didebatkan Sebelum ini,Beberapa parti antaranya, UMNO,Perikatan Nasional dan PKR telah mengadakan perjumpaan dikalangan akar umbi pada sabtu.

Politik negara semakin hangat apabila wujud desas desus bahawa Parlimen mungkin akan dibubarkan pada November susulan pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan pada 7 Oktober depan, berbanding tarikh sebenar.


Sebagai rekod, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini diawalkan tiga minggu.

bottom of page