top of page
Farah

Bufet Ramadan di restoran, hotel kurang sambutan


Pakej bufet Ramadan tahun ini semakin suram dengan ramai pengusaha restoran dan hotel masih belum mendapat tempahan penuh meskipun sudah masuk minggu kedua berpuasa.


Karim Shah, seorang pemilik restoran dan ketering di Putrajaya menyifatkan keadaan itu sangat berbeza dengan tahun lepas apabila sambutan pelanggan yang "luar biasa" menyaksikan tempahan penuh sepanjang Ramadan dibuat seminggu sebelum bermula.


Manakala pada tahun ini, tempahan awal yang diuar-uarkan bermula awal Mac lalu dengan tawaran harga yang rendah masih tidak mampu memenuhkan slot tempahan hariannya.


"Restoran kita bokeh muatkan sehingga 120 orang sekali gus.


Katanya, kadangkala satu meja ditempah hanya memuaskan dua pelanggan sahaja.

Selain merugikan perniagaan, Karim yang berasal dari Pakistan itu berkata dia tidak sanggup melihat makanan yang disediakan setiap hari dibazirkan begitu sahaja.


Pada hari biasa, dia menjalankan perniagaan masakan dari tanah Arab dan negara asalnya.

Bagaimanapun, pada bulan puasa dia sudah mengupah tukang masak khas yang akan menyediakan makanan tradisional orang Melayu dan Barat bagi hidangan 120 orang.


"Dengan kurang 10 orang sehari, bagaimana kita nak teruskan perniagaan? Membazir dan rugi."


Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Malaysia Christina Toh turut mengakui trend yang sama berlaku pada bufet Ramadan di hotel-hotel seluruh negara.


Bercakap kepada MalaysiaNow, beliau berkata dari maklum balas ahli-ahli persatuan, terdapat kelemahan dan faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut.


Menurut Toh, kemungkinan besar disebabkan masyarakat baru sahaja selepas tempoh panjang cuti sekolah dan mereka sudah berbelanja untuk bercuti dalam tempoh berkenaan.


Ditambah pula dengan musim perayaan Aidilfitri yang semakin hampir, mereka mengandaikan pelanggan sudah mula berjimat dan tidak mahu mengeluarkan duit membayar hidangan bufet Ramadan di hotel.


"Kita ingat masa tempahan awal itu ada orang beli tapi masa sampai bulan puasa, bila tengok bisnes pula kebanyakan hotel kurang dari tahun lepas," katanya kepada MalaysiaNow.


Menurutnya lagi, ketika tempahan awal dibuka ramai pengusaha restoran hotel mendapat sambutan yang baik.


Bagaimanapun, ianya tidak mampu bertahan lama.

"Mungkin juga disebabkan tahun ini kos barang meningkat jadi harga jualan menjadi tinggi sedikit dari 10% hingga 25%."


Atas sebab itu, Toh dan ahli-ahli persatuannya percaya pelanggan menjadi terbeban dengan harga bufet yang baru pada tahun ini.


Dalam pada itu, Azmi Abdullah seorang pemilik dewan untuk majlis perkahwinan di Skudai, Johor mengesahkan tentang kenaikan harga bufet Ramadan.


Dia dan isteri sudah tujuh tahun menjalankan perniagaan bufet Ramadan kerana dewannya tidak mendapat sebarang tempahan sepanjang bulan tersebut.


Sejak pertama kali membuka bufet Ramadan, dia tidak pernah menaikkan harga tempahan iaitu sebanyak RM58 untuk satu orang dewasa dan hanya RM15 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.


Bagaimanapun, tahun ini, dia terpaksa menaikkan harga kepada RM78 satu kepala dan RM30 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun memandangkan peruntukan modal untuk menyediakan makanan sudah jauh meningkat berbanding tahun lalu.


Paling terkesan, harga barangan mentah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran khususnya cili, tomato dan bawang.


"Jika kita kurangkan bilangan menu, pelanggan akan rasa lebih kecewa kerana tak banyak pilihan.

"Kalau kekalkan menu-menu yang digemari pelanggan, kita terpaksa naikkan harga.

.

Dia mendapati tempahan untuk slot berbuka hanya mendapat sambutan sehingga hari keempat berpuasa, manakala hari-hari seterusnya tidak sampai separuh kapasiti dewan yang disediakan itu kira-kira untuk 200 pelanggan.


Sedih dengan situasi itu, Azmi menyifatkan dia sudah mempunyai puluhan pelanggan tetap yang datang ke bufet Ramadan miliknya untuk menikmati juadah berbuka sejak beberapa tahun lalu.


"Ada yang datang hari Isnin, hari Jumaat dia datang lagi dengan keluarga.

"Sampai sebulan berpuasa tu, dekat lima atau enam kali mereka saja yang datang.

"Tapi tahun ini, sekali pun saya belum nampak lagi."

Comments


bottom of page