• Arissa

Buka Parlimen: Anwar tunggu langkah kerajaan selanjutnya

17 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menanti langkah selanjutnya daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pembukaan Parlimen.


Dalam ciapannya, Anwar turut menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.


Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, persidangan Parlimen perlu bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.


Jelas Ahmad Fadil lagi, Al-Sultan Abdullah amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu paltform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.


--Awani