top of page
  • newsatmy

Buktikan nasib gelandangan juga boleh berubah - Srikandi Johor

2 July 2021

JOHOR BAHRU – Seramai 16 orang gelandangan yang kehilangan pekerjaan mereka di negara jiran akibat pandemik Covid-19 dibawa ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor untuk ditawarkan pekerjaan.


Srikandi Johor di bawah kelolaan Datuk Hajah Azlinda cuba membuktikan bahawa gelandangan mampu merancang masa depan mereka jika mereka turut diberi peluang sama seperti kita.


Sebelum ini kita banyak melihat ramai sukarelawan yang tampil untuk memberi sumbangan dari segi pakaian mahupun makanan untuk kelangsungan hidup golongan gelandangan di sekitar Johor Bahru.


Oleh itu, program ini merupakan program yang pertama kalinya dianjurkan oleh Srikandi Johor dan Wanita Perikatan Nasional Johor untuk membantu golongan ini mendapatkan masa depan yang lebih cerah dengan usaha dan hasil mereka sendiri.


“Saya berharap selain bantuan yang kami berikan seperti bantuan makanan, program ini dapat menyelesaikan masalah gelandangan yang terbiar di kaki-kaki lima kedai di sekitar Johor Bahru.” Kata Datuk Hajah Azlinda.


Hal ini kerana pihak PTP akan menyediakan hostel dan tempat penginapan untuk golongan ini atau sesiapa sahaja yang rumahnya agak jauh dan menyukarkan keadaan mereka untuk ke tempat kerja.


Pihak PTP jugak akan menyediakan latihan untuk mereka dan elaun dan makanan harian akan diberikan secara percuma sepanjang tempoh latihan itu berlangsung.


Inisiatif ini juga akan diteruskan pada masa akan datang demi memastikan nasib dan masa depan golongan seperti ini akan terbela dan cerah.


“InsyaAllah, kami berharap dengan usaha yang dilakukan ini dapat membuahkan hasil sekaligus dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh gelandangan ini”


- PN Online



bottom of page