top of page
  • newsatmy

Cabaran getir menanti Mohamad Ridzuan di Sukan Paralimpik Tokyo

28 Mac 2021

KUALA LUMPUR: Atlet Paralimpik elit negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bakal berdepan cabaran getir dalam usahanya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016 di Sukan Paralimpik Tokyo, pada Ogos ini.


Ketua Jurulatih Olahraga Paralimpik negara, R. Jeganathan mengingatkan Mohamad Ridzuan supaya mengawasi dua pencabar utamanya, James Turner dari Australia dan atlet China, Yang Yifei, kerana mereka berjaya melepasinya dalam acara 100m T36 (palsi serebrum) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Namun begitu, Jeganathan sedang berusaha keras untuk memastikan Mohamad Ridzuan atau dikenali sebagai 'Dik Wan' dapat mempamerkan 'larian terbaik dalam hidupnya' di ibu negara Jepun itu nanti.


"Sudah pasti dia adalah satu daripada prospek pingat kami di Tokyo. Tetapi saya tidak menekankan jenis pingat yang akan disumbangkan, kerana dia akan bersaing dengan pencabar yang lebih muda (Turner dan Yifei).


"Mohamad Ridzuan kini berusia 33 tahun dan ramai yang tidak tahu bahawa sebagai pesakit palsi serebrum, otot dan tendon mereka semakin menegang apabila meningkat usia," katanya kepada Bernama baru-baru ini.


- Bernama


bottom of page