top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Calon Perikatan Nasional menentang keras lompat parti

12 NOVEMBER 2021

MELAKA: Calon Perikatan Nasional menentang keras perbuatan melompat parti kerana menyusahkan rakyat sehinggga terpaksa berdepan dengan pilihan raya berulang kali.


Calon Perikatan Nasional daripada PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau, Abd Alim Shapie berkata, PAS sejak awal lagi menekankan konsep istiqamah dalam perjuangan.


“Lebih-lebih lagi bagi calon pilihan raya Dun Melaka yang sedang giat berlangsung kempen sekarang,” katanya di sini.


Abd Alim merupakan anak kelahiran Kampung Pulai, Merlimau dan mendapat di Sekolah Kebangsaan Pulai sebelum masuk ke Sekolah Tinggi Melaka.


Kemudian melanjutkan ke peringkat Diploma Perbankan di Institut Teknologi Mara (ITM), seterusnya menyambung Ijazah Sarjana Muda bidang Pengurusan Perniagaan (BBA) di Universiti Drake, Amerika Syarikat (USA).


Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana (MBA) di universiti sama. Beliau berpengalaman dalam bidang perbankan selama 34 tahun di sebuah bank tempatan.


Jawatan terakhirnya sebagai Vice president of Corporate Banking.


Abd Alim juga berkata, menang atau kalah pada PRN tersebut tidak menghalangnya untuk berkhidmat kepada rakyat Merlimau.


“Harapan kepada pengundi di Merlimau, saya bersedia untuk berkhidmat demi rakyat dengan mengetengahkan isu-isu tempatan ke pengetahuan kerajaan,” ujarnya.


Ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) begitu ketat, katanya beliau menyambut baik SOP berkenaan dan menganggap ia sebagai keperluan dan munasabah.


Kata beliau SOP berkenaan diwujudkan bagi mengekang penularan Covid-19, walaupun hakikatnya tidak menafikan ia menghadkan kempen.


“Strategi berkempen kini fokus kepada memastikan pengundi mengenal calon dan halatuju parti atau gagasan.


“Oleh itu saya berusaha memastikan pengundi mengenali saya sebagai calon dan pendirian parti mengenai masalah rakyat terutamanya di Merlimau,” katanya.

bottom of page