top of page
  • Writer's pictureNihaba

Cadang tubuh Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir di Johor


SKANDAR PUTERI, 19 Mac- Satu Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir dicadang ditubuhkan di Johor. Jawatankuasa bakal dianggotai Ahli Dewan Negeri Johor daripada semua parti politik termasuk pembangkang. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata penubuhannya seiring misi kerajaan negeri mencari langkah lebih efektif menangani isu perubahan iklim. "Mengikut Fasal 32(8) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor, kerajaan negeri akan mengemukakan satu rundingan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Banjir semasa Sidang DUN ini. "Dan menjadi harapan saya agar rundingan ini akan disokong sebulat suara oleh semua ahli yang berhormat yang berada di dalam dewan ini," katanya.


Beliau berkata demikian semasa persidangan kedua Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

bottom of page