top of page
  • zaman

Dakwaan tiada minyak masak paket bersubsidi tidak benar


PUTRAJAYA, 10 Jan- Isu ketiadaan minyak masak paket bersubsidi tidak berlaku dan bekalan tersebut masih ada dalam pasaran.


Perkara itu ditegaskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Bagaimanapun, sekiranya berlaku isu kekurangan atau ketiadaan barangan tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya berdasarkan aduan yang diterima. Usaha untuk memastikan keberadaan barangan keperluan asas termasuk minyak masak paket bersubsidi kini turut giat dilaksana KPDN menerusi 'Ops Terjah' di seluruh negara.


"Dakwaan keseluruhan barangan itu tidak ada, itu tidak benar. Minyak masak bersubsidi itu masih beredar di seluruh kawasan dalam negara kita. "Tapi saya minta melalui aplikasai e-aduan yang kita sedang pertingkatkan, pengguna boleh dengan cepat maklumkan pada kita dan pada masa itu juga pegawai-pegawai kita akan bertindak", katanya. Mengulas mengenai rungutan peniaga yang mendakwa penetapan harga siling barangan terkawal menyebabkan bekalan tersebut berkurangan di pasaran, beliau berkata kerajaan akan mengkaji semula mekanisma penetapan harga siling tersebut dalam masa terdekat. Beliau ditemui media selepas menyampaikan amanat tahun baharu semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Putrajaya.

bottom of page