top of page
  • admin

Kerajaan tambah baik Program SMART Sawah Berskala Besar


KUALA LUMPUR, 22 Febr-Malaysia kini sedang menerokai kaedah penanaman padi yang lebih efisen.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penanaman padi di Indonesia hanya memerlukan masa 65 hari sehingga dituai.


"Para petani yang terlibat dalam program SBB Smart ini pada masa akan datang tidak akan buat kerja-kerja lain lagi, sebab kita sekarang ini sedang menerokai, misalnya di Indonesia telah diperkenalkan padi yang ditanam hanya 65 hari. Tidak boleh buat kerja lain hanya tumpu kepada tanaman tersebut", ujarnya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan dalam sidang Dewan Rakyat pagi tadi.


Katanya lagi, kerajaan sedang menambah baik beberapa perkara di dalam Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB). Antara perkara-perkara itu ialah pemulihan tanah dan benih.


Sehingga kini Program SMART SBB mencapai pengeluaran purata 7 tan hasil dengan penggunaan 110,000 hektar tanah.


Comments


bottom of page