top of page
  • newsatmy

Catatan CheGu Bard


Semalam PM telah mengumumkan menyumbangkan 3 bulan gaji semua Menteri dan Timbalan Menteri untuk usaha perangi Covid19.


Hari ini usaha itu disambut Ketua Setiausaha Negara yang mengumumkan memulangkan sebahagian dari elaun penjawat awam kanan selama 3 bulan untuk usaha perangi Covid 19.


Saya tak punya elaun besar tapi bersama bersolidariti saya juga salurkan 3 bulan elaun saya sebagai Lembaga Pengarah Giat Mara Sdn Bhd untuk membeli 95 set test kit bagi mengesan jangkitan Covid19 dan 500 kotak medical face mask yang disalurkan ke Seketeriat Johor BERSATU Perangi Covid 19 yang diwujudkan dibawah inisiatif Jabatan Pilihanraya BERSATU Johor. Seketeriat ini diketuai oleh YB Rasman Ithnain dan Ir Khairulfadhlan.


Set test kit Covid 19 dan face mask ini penting kerana dibawah seketeriat tersebut ratusan sukarelawan terlibat.


Mana-mana individu bermasalah mendaftar vaksin boleh tampil ke semua pejabat BERSATU dalan Johor untuk dibantu.


Bagi OKU dan Warga Emas yang ada masalah kenderaan untuk ke penuhi temujanji ke pusat vaksinisasi dalam Johor boleh terus whats app www.wasap.my/60135800016


Dibawah Datuk Hjh Hazlinda (Srikandi Johor), sukarelawan ditempatkan di perbagai pusat vaksinisasi untuk membantu kerja kerja berkaitan untuk lancarkan proses vaksinisasi.


Manakala, pasukan sanitasi awam juga dibentuk bagi membantu proses vaksinisasi kawasan flat perumahan awam kos rendah dan rumah ibadah.


InsyaAllah semua kita punya peranan dalam perang hadapi COVID 19 ini. Sekurang kurangnya ada sudah menjadi penyumbang besar dengan duduk diam di rumah.


Sekian


che'GuBard Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya BERSATU Johor.



-PN Online

bottom of page