top of page
cik skod

Chef popular dikecam tawarkan gaji pelayan restorannya hanya RM1.5k


Siapa sangka sebuah restoran mewah oleh Chef terkenal di dunia hanya menawarkan gaji serendah RM1,500 untuk pekerjanya. Itu yang berlaku di sebuah restoran mewah di Subang Jaya yang menjadi tular setelah didedahkan oleh pengguna twitter ini.


Menurut individu ini, dia telah mengenalpasti gaji para pekerja di restoran itu melalui sebuah iklan peluang pekerjaan. Individu ini mendedahkan ia tidak sepatutnya berlaku di Malaysia dan mempersoalkan adakah restoran ini mengekploitasi buruh negara dunia ketiga.


“Restoran XXX di Malaysia mengenakan bayaran RM300 setiap keping daging lembu Wellington, RM40 untuk kentang lenyek, dan RM36 untuk sebotol air tetapi membayar pekerja pelayannya RM1.5k, sous chef RM5.5-7k sahaja. Mengeksploitasi buruh negara dunia ketiga?”- tulisnya di tweet


Katanya, dengan hanya memesan 5 keping daging lembu Wellington sahaja sudah cukup untuk membayar pelayan restoran.


“5 keping Beef Wellington = 1 bulan gaji (gaji minimum) untuk pelayan untuk makluman anda”- tulisnya lagi.


Salah seorang pengguna twitter lain membalas memberitahu pernah bekerja di restoran itu dan mendakwa dibayar gaji yang rendah.



Untuk info, restoran mewah ini baru sahaja dibuka di Malaysia dan mendapat perhatian penggemar makanan mewah dari Chef terkenal ini. Menu yang sering dinanti-nantikan peminat chef ini iaitu Classic Beef Wellington turut ditawarkan. Bukan biasa-biasa, difahamkan pelanggan perlu berbelanja minimum sebanyak RM 8,000 untuk nikmati Mayfair Private Dining di restoran ini. Tak hanya itu, pelanggan juga perlu bayar wang pendahuluan (deposit) sebanyak RM 4,000 untuk menempah!


MURAI

Comments


bottom of page