top of page
newsatmy

Chelsea juara Piala Dunia Kelab

13 Februari 2022

JARINGAN masa kecederaan Kai Havertz membolehkan penyandang juara Liga Juara-Juara, Chelsea dinobatkan juara Piala Dunia Kelab buat kali pertama apabila menewaskan kelab Brazil Palmeiras, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Mohammed Bin Zayed.


Bagaimanapun Chelsea, yang tewas dalam perlawanan akhir edisi 2012 kepada kelab Brazil, Corinthians, bermula longlai apabila terikat tanpa tanpa jaringan pada babak pertama.


Bersambung babak kedua, The Blues tampil lebih agresif akhirnya di depan apabila mendahului pada minit ke-55 menerusi tandukan Romelu Lukaku.

Bagaimanapun juara Copa Libertadores kendalian Abel Ferreira tidak mengalah kembali menyamakan kedudukan apabila Raphael Veiga menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65.


Ketika perlawanan seolah-olah menuju ke penentuan sepakan penalti, Havertz, wira The Blues dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu, membuktikan kelas tersendiri apabila meledak jaringan penalti pada minit ke-117.


Palmeiras terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas itu apabila Luan dilayangkan kad merah selepas mengasari Havertz pada minit ke-126.


Kejayaan Chelsea merangkul kejuaraan Piala Kelab Dunia ini sekali gus merupakan trofi kedua pengendali The Blues, Thomas Tuchel, yang menghadirkan gelaran Liga Juara-Juara di Stamford Bridge tahun lalu.

Comments


bottom of page