• Arissa

Chiellini akui Allegri pilihan tepat bantu Juventus kembali rebut Scudetto

3 Ogos 2021

GIORGIO CHIELLINI yakin Massimiliano Allegri adalah orang yang tepat untuk merebut kembali Scudetto untuk Juventus berikutan percubaan Andrea Pirlo gagal.


Bekas pemain tengah terkenal Pirlo gagal membimbing Bianconeri meraih gelaran Serie A ke-10 berturut-turut musim lalu dan dipecat pada bulan Mei.


Allegri diangakat sebagai pengganti Pirlo untuk kembali Juve buat kali kedua, sebelum ini membimbing The Old Lady untuk merangkul lima gelaran liga, empat Coppa Italia dan dua final Liga Juara-Juara (UCL).


Juve meraih 142 kemenangan dalam 190 aksi liga di bawah kendalian Allegri.


Sepanjang lima musim bersama Juve, Allegri mengalami hanya 20 kekalahan dalam aksi liga, dengan pasukannya meledak 380 gol dan dibolosi 125, secara purata meraih 2.39 mata setiap perlawanan.


Chiellini adalah sebahagian daripada pasukan yang berjaya di kelab itu dan berkemungkinan akan memainkan peranan penting dalam era baru terbaru untuk Juventus setelah melanjutkan kontrak dua tahun semalam.


Sasaran Allegri adalah kembali merebut gelaran liga daripada Inter, manakala mengetepikan cabaran daripada Milan dan Atalanta, dan pertahanan berpengalaman, Chiellini sudah bersedia.


"Saya gembira melihatnya lagi," kata Chiellini kepada Juventus TV. "Dia memberi banyak kepada pasukan dan saya.


"Saya sentiasa berhubungan pemain-pemain lain, dan mereka telah memberitahu saya bahawa dia benar-benar bersemangat untuk permulaan musim. Saya yakin dia adalah orang yang tepat untuk membawa pasukan ini kembali ke puncak dan mencipta kitaran baru.


"Saya di sini untuk memberikan sumbangan saya, lebih-lebih lagi ketika beraksi."



--AWANI