top of page
  • cik skod

China Hadiahkan Panda Kepada Qatar Menjelang Piala Dunia 2022

27 Sept

China mengumumkan akan menghadiahkan dua ekor beruang panda kepada hos Piala Dunia 2022, Qatar sebagai “tanda persahabatan” antara kedua-dua negara, lapor South China Morning Post.


Hasrat China untuk menghadiahkan dua ekor mamalia tersebut dimaklumkan sendiri oleh Duta China ke Qatar, Zhou Jian. Dua ekor panda tersebut diberi nama “Suhail” dan “Soraya” dan akan tiba di Qatar pada Oktober nanti.


“Hadiah ini dipersembahkan oleh 1.4 bilion rakyat China kepada Piala Dunia Qatar, dan sudah semestinya menjadi simbol persahabatan China-Qatar,” katanya seperti dipetik daripada portal berita berkenaan.


Walaupun China tidak melayakkan diri ke saingan bola sepak yang diadakan setiap empat tahun sekali ini, tetapi pelbagai syarikat China terlibat dalam projek pembinaan mega seperti stadium-stadium Piala Dunia 2022.


Sebagai rekod, skuad bola sepak kebangsaan China hanya tampil sebanyak satu kali sahaja dalam saingan Piala Dunia setakat ini. Penampilan itu hadir ketika edisi 2002 yang berlangsung di Korea dan Jepun.


Untuk pengetahuan semua, nama bagi kedua-dua ekor panda itu diinspirasikan daripada nama bintang. Suhail merupakan nama bintang yang paling terang kelihatan di rantau negara teluk. Sementara itu, Soraya pula nama dalam bahasa Arab bagi gugusan bintang Pleiades.

bottom of page