top of page
  • newsatmy

COVID-19: 54 kes kematian dilaporkan

7 November

KUALA LUMPUR: Sejumlah 54 kematian telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat 11.59malam tadi.


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,256 kes, daripada 2.49 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.


Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 54 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).


Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 18 kes, menjadikan kadar kematian sebanyak 33.3 peratus di negeri itu.


Kematian bagi negeri-negeri lain seperti berikut: Sabah (7), Selangor (7), Pahang (5), Terengganu (4), Johor (3), Kedah (3), Kelantan (3), Perak (2), Melaka (1) dan Kuala Lumpur (1)

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.


Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 49.2 peratus daripada 129,050.



bottom of page