top of page
  • newsatmy

Covid 19:78 kematian baru direkodkan

10 November

Seramai 78 kematian akibat Covid-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian 29,427 seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semalam.


Kementerian Kesihatan juga melaporkan, 19 pesakit meninggal dunia sebelum mendapat rawatan di hospital.


Jumlah korban baru tertinggi dilaporkan di Kedah, seramai 19 orang, bersamaan 24.4 peratus kes kematian baru Covid-19.


selain Kedah, jumlah kematian di Sarawak (13), Selangor (12), Kelantan (8), Sabah (8), Perak (7), Johor (5), Melaka (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).


Manakala tiada kematian direkodkan di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.


Setakat semalam, terdapat 61,803 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 7.6 peratus daripada 66,891 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 47.0 peratus daripada 116,630 kes.

bottom of page