top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Covid-19: ADUN Sedili Turun Padang Bantu Masyarakat

6 Jun 2021

KOTA TINGGI: Pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar kepada ramai golongan terutamanya golongan B40.


ADUN Sedili, merangkap Pengerusi Sekretariat Khas COVID-19 BERSATU Johor, YB Tuan Haji Rasman bin Ithnain, turun padang menghulurkan bantuan-bantuan kepada golongan yang terjejas.


Antara bentuk bantuan yang dihulurkan termasuklah bakul makanan kepada penduduk Sedili yang terjejas.


Selain itu, beliau menggerakkan kempen daftar vaksin dari rumah ke rumah, dimana beliau dan sukarelawannya membantu masyarakat yang tiada kemudahan telefon canggih atau kurang pengetahuan tentang pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera bagi mendaftar vaksin secara online.


Seterusnya, beliau menggerakkan kempen kesedaran Covid-19 dan Vaksinasi kepada semua penduduk Sedili agar ada kesedaran tentang Covid-19 dan segera mendaftar untuk vaksinasi.


Beliau turut menyediakan satu talian ‘hotline’ (013 580 0016) yang diperkenalkan untuk membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah pengangkutan untuk ke pusat vaksinasi, khususnya warga emas yang telah mendapat temujanji untuk vaksinasi.


Beliau juga berharap agar rakyat Johor tidak membatalkan temujanji vaksinasi yang telah ditetapkan.


Jika mereka gagal hadir, ini akan melambatkan proses meleraikan rantaian covid-19, selain menyukarkan pihak perubatan dan membazirkan kos vaksinasi.


beliau menjamin bahawa vaksin ini selamat dan halal, dan ini terbukti bahawa melalui vaksin sahajalah yang mampu mengurangi wabak Covid-19 ini, sepertimana negara-negara luar lakukan.


Beliau juga menasihati masyarakat supaya mematuhi SOP, keluar rumah jika perlu, selalu mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai 'double mask' dan menghindarkan diri dari pergi ke kawasan yang sesak.


Malah, kepada yang bekerja atau ada urusan di luar, bila pulang kerumah, mereka perlu terus mandi dan menukar pakaian.


Kita Jaga Kita.




--PN online


bottom of page