top of page
  • newsatmy

COVID-19: Dr Mahathir dibenar keluar IJN


Kuala Lumpur,4 Sept: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenar keluar hospital pada jam 9.30 pagi hari ini.


Beliau sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos.

Dalam satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir pada Ahad, ia turut memaklumkan Ahli Parlimen Langkawi itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa depan.

Dr Mahathir, 97 dimasukkan ke IJN berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau serta untuk tujuan pemantauan.

bottom of page