• newsatmy

Covid 19- Hanya empat kluster baharu dikenal pasti

20 Oktober-PUTRA JAYA

Empat kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan tiga kluster tempat kerja dan satu kluster pendidikan lain dilaporkan di Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ia melibatkan Kluster Industri Jalan KPB Tujuh di Hulu Langat, Selangor (13 kes); Kluster Industri Jalan P/1 di Hulu, Langat, Petaling, Sepang dan Klang, Selangor (63 kes); Kluster Lorong Jelawat Satu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (14 kes) dan Kluster Jalan Setiawangsa Sepuluh di Kuala Lumpur (tujuh kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh mencatatkan sebanyak 9,401 kes melepasi kes harian dengan jumlah keseluruhan pesakit sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,297,289 kes.


Menurutnya, kes baharu pula mencatatkan sebanyak 5,516 kes dengan 14 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,407,382 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 102 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 5,414 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua.

“Sebanyak 669 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 333 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.