top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

COVID-19: Pertemuan Man Utd-Brentford berdepan ditunda

14 Disember 2021

PERTEMBUNGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Manchester United dengan Brentford pada awal pagi esok dalam keraguan selepas penularan COVID-19 memaksa kemudahan pusat latihan kelab itu ditutup.


Semalam, United mengesahkan Kompleks Latihan di Carrington akan ditutup selama 24 jam dalam usaha mengurangkan risiko sebarang jangkitan lagi selepas beberapa kakitangan dan pemain disahkan positif.


The Red Devils berkata perbincangan sedang berjalan dengan pihak penganjur sama ada perlawanan itu selamat untuk diteruskan di Stadium Community Brentford.

Satu kenyataan kelab itu berbunyi: "Manchester United mengesahkan ujian PCR menunjukkan kes positif COVID-19 dalam kalangan kakitangan dan pemain pasukan utama, kelmarin, dan keputusan telah diambil untuk menutup operasi pasukan utama di Kompleks Latihan Carrington selama 24 jam bagi meminimumkan risiko penularan

bottom of page