top of page
  • newsatmy

COVID-19:Varian Omicron pertama berjaya menceroboh di Malaysia

3 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di PMA KLIA.


Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.


Sebelum itu,Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran varian COVID-19 baharu, Omicron berisiko 'sangat tinggi' di seluruh dunia, walaupun wujud ketidakpastian mengenai bahaya dan tahap penularan strain baharu itu.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu memaklumkan strain COVID-19 yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan itu adalah 'varian yang sangat berbeza'.

bottom of page