top of page
  • Writer's pictureNizam

Covid-19: WHO ramal fasa kritikal pandemik berakhir pada 2022

16 Disember 2021

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berharap tahun 2022 adalah tahun dunia menamatkan pandemik COVID-19.


Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove berkata, dunia kini mempunyai peralatan untuk menghentikan virus tersebut daripada terus mengganas. mengurangkan morbiditi, kemasukan ke hospital, gejala teruk, mereka yang memerlukan ICU, mereka yang sedang nazak.

"Kita boleh menamatkan kematian akibat COVID-19 dan kita juga boleh mengurangkan penyebaran kemunculan varian yang membimbangkan, Omicron . Omicron adalah yang terbaru dan mungkin ada lebih banyak virus, jika virus ini terus beredar dan kini kita mempunyai alat yang betul untuk melawannya" katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan orang awam bersama Pengarah Eksekutif Program Kecemasan WHO, Dr Mike Ryan, pada Rabu.


WHO berkata 77 negara telah melaporkan kes Omicron dan varian itu mungkin di kebanyakan negara sekarang cuma ia masih belum dikesan.


Sebelum itu,Pengasas Microsoft, Bill Gates meramalkan bahawa fasa kritikal bagi pandemik Covid-19 akan berakhir pada 2022, lapor saluran televisyen RT.


Gates yang mengeluarkan kenyataan itu menerusi blog miliknya berkata, peningkatan kes melibatkan varian Omicron bagaimanapun adalah ‘membimbangkan’.

“Agak tidak bijak untuk saya membuat ramalan lain, namun saya berpendapat bahawa fasa kritikal pandemik akan berakhir bila-bila masa pada 2022,” tulisnya pada blog GatesNotes.

bottom of page