top of page
  • Writer's pictureNihaba

Covid19- 96 kematian di laporkan,korban keseluruhan 28,234

22 Oktober-PUTRA JAYA

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 96 kematian akibat Covid-19 semalam (21 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul adalah seramai 28,234 orang

Jumlah kematian sebelum sempat menerima rawatan di hospital (BID) 21 orang atau bersamaan 21.9 peratus

Malaysia merupakan antara negara tertinggi di Asia dalam jumlah kematian Covid-19 per kapita penduduk.

Serawak merupakan negeri yang mencatatkan kadar kematian baru tertinggi sebanyak 21 orang, atau 21.9 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan.

Jumlah kematian negeri lain, Sabah (16), Perak (14), Kelantan (13), Selangor (12), Johor (8), Pulau Pinang (6), Pahang (2), Terengganu (2), Kedah (1) dan Perlis (1)

Tiada laporan kematian baharu di Kuala Lumpur,Melaka,Labuan,Putrajaya dan Negeri Sembilan.


Sebanyak 74 daripada 96 kematian yang dilaporkan, atau 77.1 peratus, berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.


Kematian dilaporkan berlaku lebih seminggu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan pada laporan data.

Setiap hari,catatan purata 139 kematian kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 30 hari lalu, berbanding purata 79 kes dalam masa tujuh hari.Ini menunjukkan purata jumlah kematian menurun,


Sehingga kini, 2,206 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada Oktober.

Sebanyak 9,680 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 89,337 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 12.1 peratus daripada 101,587 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 56.7 peratus daripada 206,474 kes.


Daripada 6,210 kes baru , sejumlah 303 daripadanya dikesan daripada kluster Covid-19 yang sedia ada,

Dari laporan Kementerian Kesihatan, 193 (63.7 peratus) adalah kluster tempat kerja manakala 66 (21.8 peratus) adalah kluster komuniti.

Seramai 19 pesakit lagi (6.3 peratus) adalah dari kluster kumpulan berisiko tinggi, antaranya penjagaan rumah orang tua.

Selebihnya dikesan daripada kluster yang dari institusi pendidikan (19 - 6.3 peratus) dan pusat keagamaan (6 - 2.0 peratus).


Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan statistik kematian bersama dengan jumlah kes Covid-19 baru pada sebelah petang.


Statistik kematian terkini akan dikeluarkan selepas tengah malam bersama dengan data lain yang lebih terperinci.


bottom of page