top of page
  • cik skod

Cucu Bob Marley penyanyi reggae Jo Mersa meninggal dunia

Agensi/Astro Awani

TALLAHASSEE 28 Dis: Penyanyi reggae Joseph 'Jo Mersa' Marley yang juga cucu kepada penyanyi legenda, Bob Marley dilaporkan meninggal dunia, semalam.


Menurut ciapan wartawan Abka Fitz-Henley yang dilaporkan New York Post, Jo Mersa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia.

Stesen radio Florida Selatan WZPP turut mengesahkan kematian Jo Mersa akibat serangan asma, namun, tidak menyatakan lokasi kejadian.

Difahamkan penyanyi berusia 31 tahun ini meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.

Jo Mersa yang juga anak kepada pemuzik Stephen Marley berusia 31 tahun.


Datuknya Bob Marley merupakan perintis dalam arena muzik reggae terkenal dengan lagu antaranya 'Everything's Gonna Be Alright', 'Get Up, Stand Up', 'Is This Love', 'I Shot the Sheriff', 'No Woman, No Cry' dan banyak lagi.


Mendiang Bob Marley meninggal dunia pada 1981 pada usia 36 tahun.


Sementara itu, Jo Mersa membesar di Jamaica sebelum berpindah ke Florida serta mengikuti pengajian dalam jurusan kejuruteraan studio di Miami Dade College.


Jo Mersa pernah tampil dengan EP bertajuk 'Comfortable' pada tahun 2014 yang turut dijadikan tajuk lagu.

Comentários


bottom of page