top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Daftar Vaksinasi Covid-19 dapat sambutan menggalakkan

21 Jun 2021

PONTIAN: Badan Bukan Kerajaan (NGO) daerah Pontian memperluaskan kempen daftar vaksin kepada komuniti kawasan Parit Sikom bagi membantu pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 rakyat.


Kempen itu telah dianjurkan oleh gabungan NGO-NGO daerah Pontian dan Kementeriaan Kesihatan daerah Pontian dan dibantu oleh masyarakat setempat.


Mereka mengadakan kempen pendaftaran suntikan melalui trak bergerak untuk memujuk penduduk di luar bandar menerimanya, dan sambutannya sangat menggalakkan.


Selain membantu mendaftar nama penduduk, mereka juga menyediakan pengangkutan kepada masyarakat yang tidak mempunyai kenderaan di kawasan Parit Sikom untuk ke PPV.


Walaupun PPV di kawasan tersebut agak terhad, namun permintaan suntikan vaksinasi tinggi bagi kawasan-kawasan desa dan pedalaman.


Timbalan Ketua BERSATU, Encik Matharuzzaman, berharap KKM mengadakan lebih banyak pusat vaksin yang berdekatan agar dapat memudahkan warga desa untuk mendapatkan suntikan.


Beliu turut mencadangkan agar KKM mengadakan PPV bergerak di Pusat Komuniti Daerah setiap minggu bagi memudahkan penduduk desa mendapat suntikan vaksin.



--PN Online

bottom of page