top of page
  • cik skod

Dana bantu penerbitan filem berunsur kenegaraan diwujudkan - Annuar


PUTRAJAYA, 20 Sept- Kerajaan akan mewujudkan dana bagi membantu penerbitan filem tempatan berunsur kenegaraan dan mempunyai eleman perpaduan dalam masa terdekat. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata satu perbincangan telah diadakan bersama Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut. Menurut Annuar, dana khas itu bagi menggalakkan lebih banyak penulis skrip meneroka dan mencungkil khazanah yang boleh membangkitkan semangat patriotisme dan sejarah negara.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa)

"Penggiat filem perlu dibantu dan disokong sejak dari proses awal penghasilan filem, bagi memastikan ia berkualiti dan setanding filem luar. "Saya sedang cuba untuk melihat kemungkinan membuat suatu itu menjadi lebih fleksibel, jadi Finas boleh pilih filem yang patut diberikan sokongan khas ini,” katanya. Sementara itu, Mengenai Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-32 yang akan diadakan di Melaka pada 2 Disember ini, Annuar berkata festival tersebut setakat ini telah dapat menarik penyertaan daripada 17 syarikat penerbitan filem luar negara. "Penyertaan ini sudah tentu dihadiri penerbit dan pengarah filem dari luar, jadi ini akan jadi ruang pertemuan antara mereka dengan penggiat industri filem tempatan, sekali gus mempromosikan filem tempatan,” katanya.

bottom of page