top of page
Writer's pictureNizam

DAP pertaruh dua muka baharu, kekalkan enam bekas ADUN

5 November

KUALA LUMPUR – DAP hari ini mengumumkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan, daripada lapan kerusi yang ditandingi, parti itu telah menyenaraikan dua muka baharu iaitu di kerusi DUN Pengkalan Batu dan Banda Hilir.


Antara muka baharu yang dicalonkan ialah Muhamad Danish Zainudin yang bakal bertanding di DUN Pengkalan Batu.Beliau berusia 25 tahun dan merupakan Setiusaha Politik Adun Duyong,Damain Yeo Shen Li.


Sementara itu, DUN Banda Hilir pula bakal mempertaruhkan satu-satunya calon wanita iaitu Leng Chau Yen, 37,Setiausaha Politik DAP Melaka.


Kok Kiew,Pengerusi DAP Melaka pula bakal berubah angin bertanding di DUN Bemban yang sebelum ini disandang Datuk Dr Wong Fort Pin yang tidak lagi dicalonkan.


Manakala bagi lima lagi DUN iaitu Gadek, Kesidang, Ayer Keroh, Duyong dan Kota Laksamana, DAP mengekalkan calom sebelum ini.

Mereka ialah G Saminathan (Gadek), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Damian Yeo Shen Li (Duyong).


**Senarai calon DAP PRN Melaka:

– N07 Gadek – G.Saminathan – N15 Pengkalan Batu – Muhamad Danish Zainudin (calon baru) – N16 Ayer Keroh – Kerk Chee Yee – N19 Kesidang – Allex Seah Shoo Chin – N20 Kota Laksamana- Low Chee Leong – N21 Duyong – Damian Yeo Shen Li – N22 Bandar Hilir – Leng Chau Yen (calon baru) – N24 Bemban – Tey Kok Kiew

Comments


bottom of page