top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Dasar 4IR bangunkan Malaysia negara berteknologi tinggi pada 2030

2 Julai 2021

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato' Sri Mustapa Mohamed telah bersama-sama melancarkan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara.


Dasar ini merupakan suatu dokumen penting yang akan menjadi panduan utama dalam penggubalan pelan tindakan serta halatuju bagi mengoptimumkan pengagihan sumber dan penyelarasan pelaksanaan dalam perkara berkaitan teknologi baru muncul.


Ia juga merupakan dasar yang bakal memacu usaha bersepadu dalam mentransformasi pembangunan sosioekonomi negara melalui penggunaan teknologi 4IR yang beretika.


Menerusi Dasar 4IR Negara ini, sebanyak 10 sektor utama diberi penumpuan khusus iaitu:


1. Integrasi rantaian nilai global melibatkan sektor pembuatan, pengangkutan dan logistik serta penjagaan kesihatan;


2. Keperluan sosioekonomi melibatkan sektor pendidikan, pertanian dan utiliti;


3. Pemacu penerimaan teknologi melibatkan sektor kewangan dan insurans, perkhidmatan profesional saintifik dan teknikal, perdagangan borong dan runcit serta pelancongan.


Bersandarkan 4 teras utama beserta 16 strategi, sebanyak 15 sasaran utama telah ditetapkan untuk dicapai menjelang tahun 2030 yang melibatkan tiga indikator iaitu kualiti kehidupan, tahap keupayaan tempatan serta integriti ekologi.


5 teknologi asas telah dikenalpasti yang akan menjadi pembolehubah dalam memastikan sasaran yang ditetapkan mampu dicapai iaitu kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT), blockchain, pengkomputeran awan dan analitis data raya (cloud computing and big data analytics) serta bahan dan teknologi termaju (advanced materials and technologies).




--PN Online


bottom of page