• Arissa

Datuk Osman Sapian Cadang Buka PPV Di Luar Bandar

10 Jun 2021

JOHOR: Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam dan ADUN Kempas, Datuk Osman bin Sapian mencadangkan agar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dapat dibuka di luar bandar bagi memudahkan masyarakat terutamanya warga emas menerima suntikan vaksin.


Agensi awam negeri digesa membantu menyediakan pengangkutan terutama van bagi membawa penduduk terutamanya warga emas dan mereka yang mempunyai masalah pengangkutan ke PPV bergerak berkenaan.


“Di Johor terdapat kawasan pedalaman dan luar bandar yang sukar dilalui trak atau bas vaksin berikutan faktor laluan yang sempit dan hanya boleh dilalui kenderaan ringan," tambah beliau lagi.


Oleh itu, beliau mencadangkan supaya PPV bergerak, sama ada trak atau bas vaksin dapat distesenkan di kawasan strategik di luar bandar dengan pengangkutan terutama van daripada agensi negeri seperti Jabatan Agama Islam boleh disediakan bagi memudahkan penerima ke trak atau bas vaksin.


--PN Online