top of page
  • admin

Delegasi pasukan ketiga berlepas bantu Turkiye-Syria


KUALA LUMPUR 7 Mac: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) antara turut serta dalam Misi Bantuan Gempa Bumi Turkiye-Syria yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam tadi.


Pengerusi LKKPP, Dr Rosni Adam telah bersama dalam delegasi yang turut disertai beberapa NGO iaitu Sejagat Relief, Pertubuhan Kami Prihatin Malaysia (PKPM) dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).


Perasmian pelepasan telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad di mana delegasi yang merupakan pasukan ketiga ini akan menghantar bantuan bernilai RM100,000 lagi menyusuli RM600,000 yang sudah diberi.


“Dalam misi kali ini, kita bukan sahaja memberi bantuan sebagai saudara Islam bahkan tugas dan tanggungjawab sebagai manusia sejagat,” ujar Ustaz Datuk Idris.


Maklum Dr Rosni, bersama-sama delegasi tersebut adalah 11 sukarelawan terdiri daripada lima lelaki dan enam perempuan di mana beliau merakamkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia atas sumbangan dan sokongan disalurkan.


“Sehubungan dengan itu, pihak kami sangat mengalukan jika masih ada yang ingin menyalurkan bantuan untuk terus ke akaun Dana Kami Prihatin (Bank Islam 1211 3010 0261 50). InshaAllah kami sampaikan amanah kalian,” katanya.

bottom of page