top of page
  • newsatmy

Di mana Jho Low?: 'Kalau dia tahu kenapa tak maklumkan kita?' - Hamzah


PUTRAJAYA,1 Sept: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mempersoalkan individu yang mendakwa mengetahui keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak memaklumkan kepada KDN.


Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika ditanya, berkata pihak terbabit sepatutnya memberikan maklumat tersebut kepada KDN untuk siasatan lanjut dilakukan.


"Dia tahu? Pasal apa dia tak maklumkan pada kita di mana tempat itu di China, apa semua tolong bagi tahu."

Hamzah berkata demikian, ketika menjawab soalan media ketika ditanya pada sidang media Program Visa Premium di sini, pada Khamis.

Di Mana Jho Low | Jho Low bersembunyi di Taman Tema Disneyland Shanghai? Semalam penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope menerusi episod pertama program 'Di Mana Jho Low' yang disiarkan di platform Youtube.


Menerusi episod itu, Hope bersama penulis lain, Tom Wright, turut berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di Disneyland Shanghai

bottom of page