top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Didakwa guna duit sumbangan banjir beli arak, Syed Saddiq dakwa ada Parti lain cuba sabotaj MUDA

6 Januari 2022

Terbaharu, hangat di media sosial isu foto yang memaparkan beberapa individu memakai baju parti MUDA sedang ‘menikmati’ minuman beralkohol di sebuah meja.


Pengguna Twitter yang berkongsikan foto-foto terbabit mempersoalkan sikap setiap individu di dalam parti itu serta mendakwa mereka telah mengguna duit yang disumbangkan oleh orang ramai untuk mangsa-mangsa banjir.


Sedar akan posting yang tular itu, presiden MUDA iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman tampil membuat penjelasan di laman Facebook dengan mengatakan ianya sabotaj dari parti politik yang lain.


Menurut Syed Saddiq, hal seperti ini terjadi kerana terdapat pihak lain yang kurang senang dengan kerja MUDA dan mengatakan pertuduhan ini tidak masuk akal serta segala sumbangan yang diterima sudah sepenuhnya disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir.


Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.


Dalam pada itu, Syed Saddiq turut sempat mengajak orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut soal perbelanjaan MUDA untuk datang ke Command Centre Misi Banjir MUDA.

bottom of page