top of page
  • newsatmy

Dikhabarkan bercinta, Hafreez Adam akui sedang kenali hati budi Azar Azmi

20 Jun 2021

Disebabkan entri ‘sweet’ semasa hari jadi Hafreez Adam baru-baru ini, ramai yang menebak bahawa lelaki itu dan Azar Azmi sebenarnya merupakan pasangan kekasih. Selepas berita itu menjadi sebutan ramai, Hafreez tampil dan mendedahkan bahawa memang benar dia dan Azar sedang dalam fasa mengenali hati budi masing-masing sekarang ini. Walaubagaimanapun, mereka bukanlah pasangan yang sedang bercinta.

“Ya, saya dan Azar sedang berkawan tetapi kami tidak bercinta kerana masih saling mengenali hati budi masing-masing. Jika ditanya sama ada hubungan ini akan menjadi lebih serius, saya sendiri tidak berani untuk beri jawapan. Masih terlalu awal dan jauh untuk menjangkakannya.” Disebabkan oleh episod duka yang dilalui dalam perhubungan lalu, Hafreez memilih untuk tidak terlalu mendedahkannya kepada umum. Tambahan pula, Azar juga pernah putus tunang sebelum ini.

“Jadi untuk kali ini, kami kurangkan sikit untuk terlalu terbuka kepada umum. Bukan mahu hendak berahsia, kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Takut nanti terlalu berkongsi tiba-tiba semuanya tidak menjadi pula.” Dalam pada itu, pelakon lelaki itu turut menjelaskan bahawa dia sangat menghargai dan tersentuh dengan kejutan hari jadi yang direncana oleh Azar buatnya.

“Saya sangat penat dan rasa sangat menyampah ketika itu tetapi bila lihat semua usaha dia, rasa terharu dan dihargai. Sejak itu, saya boleh nampak kesungguhan dia dalam hubungan persahabatan ini. Doakan yang baik-baik untuk kami.”

Pun begitu, Hafreez berharap agar ramai yang memberikan fokus kepada kariernya berbanding kisah peribadi.

bottom of page