top of page
  • Writer's pictureNizam

Diskaun saman 80% dilanjut hingga 15 Dis-JPJ

11 Disember 2021

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh tawaran diskaun saman 80% sehingga Rabu ini sempena sambutan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless).


“Pembayaran saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ negeri, cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ,” katanya dalam catatan di media sosial semalam

.

JPJ pada asalnya menawarkan diskaun saman 80% mulai kelmarin hingga esok sempena sambutan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.


Tawaran diskaun itu diberikan kepada semua saman bagi kesalahan yang disenaraikan dalam Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003, kecuali kes dalam perbicaraan mahkamah, berstatus waran tangkap dan masih dalam tindakan senarai hitam.

Sebelum ini, media sosial agak meriah sejak beberapa hari dengan pelbagai hantaran dan gambar berkaitan saman setelah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun sehingga 80 peratus untuk saman yang masih belum dibayar.


Tawaran itu adalah bersempena dengan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia selama empat hari, bermula 9 hingga 12 Disember.


bottom of page