top of page
  • newsatmy

Djokovic tersenarai dalam Terbuka Australia meskipun isu visa belum selesai

14 Januari 2022

ANKARA: Novak Djokovic tersenarai dalam cabutan rasmi saingan Terbuka Australia pada Khamis, meskipun tidak pasti sama ada kerajaan akan membatalkan visanya untuk kali kedua, lapor Agensi Anadolu.


Pemain tennis nombor satu dunia itu telah diundi menentang rakannya Miomir Kecmanovic, yang menduduki ranking ke-78, bagi perlawanan pusingan pertama.


Pada 4 Jan, Djokovic berkata beliau telah diberi pengecualian perubatan daripada menerima suntikan vaksin COVID-19, tetapi Pasukan Sempadan Australia bertindak membatalkan visa kemasukannya.

Australia mewajibkan semua pemain yang bersaing dalam kejohanan tenis itu melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.


Djokovic enggan mengesahkan sama ada beliau telah menerima suntikan vaksin COVID-19.


-- BERNAMA

bottom of page