• newsatmy

'Doakan nenek yang kini berada hospital' - Nadia Brian kongsi berita duka keluarga dijangkiti COVID-

11 Mei 2021

KUALA LUMPUR: “Tolong doakan nenek saya Rugayah binti Mat yang kini berada di Hospital Sungai Buloh. Beliau berusia 75 tahun. Positif COVID-19.”


Demikian kata-kata yang dikongsikan pelakon, Nadia Brian di Instagram miliknya selepas neneknya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan COVID-19.


Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, turut meminta ihsan pengikutnya supaya memaklumkan kepadanya sekiranya mereka mengenali mana-mana penghantar makan yang boleh menghantar makanan ke hospital berkenaan.


Nadia sebelum ini telah berkongsi berita bahawa beberapa ahli keluarganya telah disahkan positif COVID-19.


Menerusi Instagram Story yang dimuatnaiknya, dengan nada amat sedih, dia meminta orang ramai supaya bantu mendoakan keluarganya sihat.


Menurutnya, ibu, adik, anak saudara serta neneknya telah disahkan positif COVID-19, dan difahamkan dia kini sedang menjalani kuarantin di rumah.


Memetik laporan MStar, neneknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada Ahad, manakala ahli keluarganya yang lain dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) MAEPS di Serdang.


Difahamkan juga, Nadia telah pun melakukan ujian swab pada 5 Mei lalu dan didapati negatif dan dijadualkan menjalan satu lagi ujian swab pada Isnin.


Bagaimanapun keputusan ujian tersebut setakat ini masih belum dimaklumkannya.


“Doakan keluarga saya sembuh dari COVID-19,” tulisnya dalam salah satu postingnya baru-baru ini


-Astro Awani