• newsatmy

"Doakanlah banyak-banyak" - Natasha Hudson selamat bernikah lagi

29 Mac 2022

LAMA menyepi dari dunia lakonan, pelakon Natasha Hudson kini selamat mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai Jay Jawsmin.


Berita pernikahannya itu dikongsikan sendiri oleh rakan-rakannya berserta gambar pernikahan mereka dan dimuat naik semula (repost) ke Insta(Instagram) Stories miliknya.


Menerusi perkongsian itu, Natasha atau nama penuhnya Natasha Liana Hudson, 39, kelihatan bahagia sedondon mengenakan busana berwarna peach.

Selain itu setiap entri disertakan dengan ucapan tahniah dari kenalan mereka serta dalam masa yang sama mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.


Natasha juga dalam entri terbaharu mengucapkan terima kasih dia ats semua ucapan dari semua yang telah mendoakan yang terbaik buat mereka.


“Alhamdulillah, syukur ramai yang sayang kami dengan memberi kata-kata semangat.


“Doakan lah banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga akhir hayat,” tulisnya.


Menerusi akaun IG Natasha kini dilihat aktif dengan aktiviti menyelam, berkuda dan memanah.