top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Doktor Kontrak diminta timbang tawaran kerajaan

27 Julai 2021

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) Johor merayu semua doktor lantikan kontrak di seluruh negara terutama terus memberi tumpuan kepada tugas hakiki mereka.


Setiausaha PN Johor yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Dr Sahruddin Jamal yakin kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengiktiraf sumbangan golongan berkenaan.


“Kerajaan juga diyakini sedang memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kemelut yang melanda mereka.


“Sebelum ini, kerajaan telah bersetuju melanjutkan tempoh kontrak selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh berkhidmat wajib.


“Tawaran yang diberi ini wajar dipertimbangkan ketika ini sebelum dibincangkan secara serius bagi meraih situasi menang-menang selepas pandemik Covid-19 reda,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Pada 11 pagi Isnin, ribuan doktor kontrak di seluruh negara melakukan mogok mendesak kerajaan supaya mereka mendapat jawatan tetap.


Ini termasuk lebih 30 doktor kontrak yang berkhidmat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.


Menurut beliau, khidmat doktor lantikan kontrak amat diperlukan terutama untuk merawat pesakit di unit rawatan rapi (ICU) yang turut bertambah.



--PN Online

bottom of page